Trivia Anugerah Juara Lagu ke-11

  • Edisi ini menampilkan penyertaan pertama kali Siti Nurhaliza & Ratu Dangdut Malaysia, Amelina.
  • Edisi ini juga menampilkan kemunculan semula Man Bai dalam AJL, tetapi sebagai artis solo.
  • Edisi ini menampilkan persaingan sengit diantara Ziana Zain & Siti Nurhaliza.
  • Edisi ini juga merupakan penampilan terakhir Fauziah Latiff bertanding di pentas akhir AJL. Ini juga kali pertama beliau gagal memenangi sebarang anugerah selepas kemenangannya di edisi ke-8 pada 1993.
  • Sebanyak 2 Kumpulan/Band yang layak sertai AJL kali ini, iaitu Kumpulan Slam & Kumpulan Spring, tetapi berentap didalam kategori Balada.
  • Kumpulan Kool dan N.D. Lala kedua-duanya memenangi kategori yang sama pada tahun 1995 manakala Siti Nurhaliza pada tahun tersebut, mendendangkan lagu Aishah pada peringkat akhir bintang RTM yang merupakan pemenang kategori balada bagi AJL tahun itu. Malah, Siti Nurhaliza telah menggondol anugerah yang sama dimenangi Aishah pada tahun 1995 termasuk Juara Lagu.
  • Biarpun Jerat Percintaan merupakan lagu daripada album sulung Siti, tetapi itu bukanlah lagu pertama yang dirakamkan oleh penyanyi ini. Dalam pembikinan album sulungnya, Siti telah merakamkan lagu Jawapan Di Persimpangan yang juga dijadikan sebagai single pertama beliau. Pada tahun 2003, penyanyi Misha Omar membuat rekod tersendiri apabila rakaman suara pertamanya menerusi lagu Bunga-bunga Cinta meraih kejayaan sebagai juara keseluruhan.
  • AJL 1996 berlangsung di saat-saat genting ketika Siti Nurhaliza sedang berhadapan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siti hampir-hampir menarik diri daripada pertandingan berkenaan kerana "gerun" dengan SPM dan dengan pencabar terdekat, Ziana Zain. [1]
  • Anuar Zain, adik lelaki Ziana Zain, muncul dalam persembahan Jerat Percintaan. Beliau berdiri di belakang kerusi sambil tangannya terikat.
  • Barisan juri AJL11 terdiri daripada juri-juri dari Malaysia dan wakil dari negara tetangga. Mereka adalah Makuto Kubota (Jepun) , Vehne Saturno (Filipina), Arie Wibowo (Indonesia), Nik Safiah Karim, Habsah Hassan, M. Nasir, Ahmad Nawab dan ketua juri Ooi Eow Jin .